SEOUL: Nelayan Korea Selatan mengadakan bantahan pada Jumaat, menentang rancangan Jepun untuk melepaskan sisa air tercemar dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.
Kumpulan nelayan tempatan itu berkumpul di pinggir laut daerah pantai barat daya Jangheung, sambil membawa "usungan bunga" kira-kira 200 meter.
"Usungan bunga itu digunakan untuk upacara (tradisional) membawa keranda mayat. Kami berarak dengan usungan bunga untuk menegaskan bahawa jika air sisa nuklear Fukushima dilepaskan ke lautan, semua manusia akan mati.
"Saya ada beberapa soalan kepada kerajaan Jepun. Mengapa ia mahu melepaskan air tercemar ke lautan jika air itu benar-benar selamat seperti yang didakwa Jepun?.
"Mengapa ia mahu membuangnya melalui terowong sepanjang satu kilometer selepas pencairan jika air itu cukup selamat untuk diminum?," kata ketua eksekutif Persekutuan Persatuan Nelayan Korea, Kim Young-chul, lapor Xinhua.
Beliau berkata jika air itu benar-benar selamat dan boleh diminum, Jepun boleh memilih untuk menggunakannya di dalam wilayahnya sendiri untuk tujuan pertanian, perindustrian dan minuman.
Jepun mendesak untuk membuang air sisa tercemar pada musim panas ini dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang sudah tidak beroperasi akibat dilanda gempa bumi besar dan tsunami pada Mac 2011.
Tindakan itu telah dibantah ekoran keraguan dalam kumpulan nelayan domestik, negara jiran dan negara kepulauan Pasifik Selatan, serta masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Nelayan berkata, jika air itu benar-benar selamat dan boleh diminum, Jepun boleh memilih untuk menggunakannya di dalam wilayahnya sendiri untuk tujuan pertanian, perindustrian dan minuman. - Gambar fail/ Reuters
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Restoran sushi Hong Kong masih dipenuhi pelanggan, tidak ramai peduli isu air loji Fukushima
"Walaupun Jepun melepaskan air radioaktif terawat ke laut, saya akan tetap datang ke sini untuk makan."
Air sisa nuklear Jepun: Malaysia pasang sistem GSWMS di perairan negara - MOSTI
Malaysia mengambil langkah segera memasang Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) di perairan Sabah susulan langkah Jepun melepaskan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi.
Pelepasan sisa air Fukushima boleh akibatkan bencana global - Pakar
Seorang pakar dalam penyelidikan air memberi amaran bahawa pelepasan sisa air nuklear Fukushima oleh Jepun ke Lautan Pasifik boleh membawa maut.
Menjelang pelepasan air radioaktif, kebocoran ditemui pada hos di loji Fukushima
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) berkata, kebocoran itu ditemui "dalam hos yang digunakan untuk memindahkan air terawat," Agensi Anadolu memetik penyiar Jepun NHK.
Nelayan Korea Selatan bantah pelan pelepasan air sisa nuklear Jepun
Nelayan Korea Selatan mengadakan bantahan pada Jumaat, menentang rancangan Jepun untuk melepaskan sisa air tercemar dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi.
Korea Selatan hormati laporan IAEA mengenai air sisa loji nuklear Fukushima
Kerajaan Korea Selatan menghormati hasil laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai perancangan Jepun untuk melupuskan air sisa loji nuklear Fukushima.
Pelepasan air loji nuklear Fukushima dijadual Ogos - Laporan
Kerajaan Jepun berkemungkinan akan memulakan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut seawal Ogos, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan.
IAEA bimbang keselamatan loji nuklear Zaporizhzhia
Rafael Grossi berkata keadaan di kilang Zaporizhzhia tidak dapat diramalkan dan berpotensi berbahaya.
Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Operasi di loji nuklear Zaporizhzhia dihentikan sepenuhnya - Ukraine
Loji yang di bawah kawalan Rusia sejak Mac itu telah terputus daripada grid kuasa pada Isnin lalu.